Thursday, June 25, 2009

Baby Contest-Our Little Wonders-Our Future

Ketika melihat paparan berita di Daily Express tentang peraduan Bayi dengan pelbagai kategori terfikir untuk memasukkan Baby Nia dalam peraduan ini.. Cuba nasib sape taukan.

Dah hantar form dan attachment yang diperlukan tiba-tiba pihak peraduan telefon mengatakan Nia terpilih mengikut contest itu. Alhamdulillah.

Pada Pagi 6/6/2009 ke City Mall bersama my son Neo dan adik saya Lyna dengan rasa debaran. Semakin berdebar bila sampai ke sana ..hulamakk ramainya org, teringin nak balik saja. Keadaan kucar kacir ditambah dengan sistem que yang tidak teratur. Sempat pula saya dimarah seseorang kerana berfikir saya ingin memotong que..bengang pun ada..sabar je la.
Sewaktu register dah dibuat saya pun membawa Nia ke bahagian pemeriksaan oleh nurse untuk melihat tahap imunisasi melalui kad yang telah dibawa. Waktu ini lenguh tangan gendong Nia. Selepas itu saya diminta ke bahagian fotografi mengajak Nia membuat sessi fotografi. Part Nia membuat fotografi susah sgt nak suruh dia senyum. Sah Nia takkan dpt kategori ni. Dah tu ajak Nia berjumpa ke AJK yang menilai gerak/kecerdasan Nia. Saya ditanya mengenai susu apa yang diberikan Nia. Sudah tentu Nia mendapat ekslusif susu badan 6bulan bahkan masih menyusu badan sehingga sekarang. Melihat sikap malu-malu Nia dengan AJK tesebut dah tentu kategori The Most Sociable Baby takkan dimiliki. Setelah itu barulah saya membuat quiz dan interview mengenai breastfeeding for mother only. Dalam hati ingat boleh dapat. Sebab quiz senang sangat macam kacang dengan kelebihan menyusu badan sehingga Nia sudah menjejak umur hampir 2thn ditambah juga menjadi ibu susuan kepada premature baby anak sepupu saya.
Memang cukup bosan ditambah dengan keaktifan Nia dalam orang ramai waktu tu. Lenguh seluruh badan. Terutama sewaktu ucapan yang mengambil waktu yang lama ditambah tidak faham dengan bahasa cina. Layan je laaa... Part tak sabar tunggu annoucement..
1. The Most Photogenic Baby (Category A/B/C)
2.The Most Sociable Baby (Category A/B/C)
3. The Most Outstanding Breastfeeding Mother
4. Quiz
5. Our Little Wonders - Our Future (Cat A/B/C)

Akhirnya ketika saya mula ingin mengangkat kaki untuk pulang saja. Tiba-tiba telinga saya terdengar nama Nia Ratna Isabel diumumkan menjadi pemenang tempat ketiga untuk kategori C. Sempat saya berpaling kepada adik saya beberapa kali takut salah dengar. Akhirnya kali kedua nama itu diumum lagi barulah saya yakin membawa Nia ke pentas. Apapun memang bangga sangat anak mami berjaya juga dapat tempat ketiga setelah melihat rata2 yang menang berbangsa cina. Congrates my girl.. mami love Nia

2 comments: