Sunday, June 28, 2009

NEW BORN BABY- My family

Tahun ini ramai yang mendapat rezeki yang tidak diduga iaitu menimang cahaya mata. Cahaya mata ibarat rezeki yang paling agung dan murni yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada pasangan yang telah berkahwin. Tahniah kepada adik dan sepupu-sepupuku yang baru menimang chaya mata mereka.

1. Sepupuku Cikgu Aidah Gulam dan suaminya Hazhar mendapat seorang puteri yang pertama pada 23/03/2009. dilahirkan DI Rafflesia Medical Centre Penampang dengan berat 3kg/49cm dan diberi nama HAZWAREENA.

2. Abang Iparku, Mas Nanug dan Mbak Krisna mendapat seorang putera yang kedua pada... (kurang ingat nanti saya update kembali) dlahirkan di Hospital Surabaya dengan berat 2.8kg/50cm.

2. Adikku Fadzlan Omar dan Isterinya Linda mendapat seorang putera yang kedua pada 17/05/2009, dilahirkan di Seremban dengan berat 2.8kg/49cm dan diberi nama FARIS RAIYAN. (Nama ini adalah atas cadangan adik, Fadzlina iaitu ~Faris dan sepupu, Nurliza Ahmad ~ Raiyan)





3. Sepupuku, Nurliza Ahmad dan suaminya Arif Rinaldi mendapat seorang putera yang kedua pada 28/05/2009, dilahirkan di Hospital Likas. Bagaimanapun bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan iatu 7bulan ketika melahirkannya dan beratnya pada saat lahir 1.9kg. Pada awalnya kondisinya amat membimbangkan namun berkat kuasa Allah SWT, kesabaran, doa dan pihak Hospital Likas, bayi yang diberi nama QALEED AL WALEED semakin membaik. Dan Baby Qaleed juga adalah anak susuan saya memandangkan ibunya amat memerlukan susu ibu yang banyak. Semoga baby Qaleed semakin membesar, sihat dan cerdas agar dapat balik bersama keluarganya. DOakan untuk baby Qaleed.

Sepupu-sepupuku yang akan melahirkan bayi tidak lama lagi adalah Walfah B Noorkhan dan Farid Gulam dalam waktu yangterdekat ini.

Semoga bayi yang dilahirkan akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi kebanggaan orang tuanya. AMIN..

No comments:

Post a Comment