Kisah apa?
Sinopsis
Sofea Emilia adalah lepasan siswazah dari University of Birmingham hanya menggemari novel-novel Inggeris berbanding dengan adiknya. Sedangkan Sarah Emilda masih berada di pengajian tinggi tempatan sering mengagung-gemar-suka novel-novel Melayu. Bagi Sofea Emilia, si kakak yang anti novel-novel Melayu menganggap karya-karya Melayu amat stereotaip dan membosankan. Malah menurutnya novel-novel Melayu layak disampahkan tak memberi kesan di hatinya. Meski dia banyak kali berdebat dan berbeza pendapat dengan Sarah Emilda, namun sebagai kakak dia amat mengambil berat dan penyayang terhadap adiknya yang kian jauh terjebak dengan kumpulan mat-mat rempit.
Melihat carta karya Majnun berada di tangga teratas, saat dia menemai teman baiknya ke Toko buku MPH membuatnya jengkel. Lantas dalam sendiri dia begitu hebat mengkritik novel-novel karya Majnun tanpa diketahui novelis cinta nombor satu itu telah menangkap-dengar-saksi kenyataan itu. Sofea Emilia sama sekali tidak mengetahui kalau Faris Raiyan itu adalah Majnun yang mendapat jolokan novelis cinta nombor satu negara.
Sofea Emilia ~ “Seumur hidup saya, hanya sekali saja saya membaca sebuah novel Melayu yang terus memberi satu persepsi buruk ke minda saya. Saya tidak pernah menyukai novel Melayu. Apalagi kisah cinta entah apa-apa merapu dikisahkan. Kalau Majnun tu ada di depan saya, sudah tentu saya ingin berdebat dengannya. Saya ingin katakan bahawa karya-karya dia tak satu pun memikat hati saya.”
Faris Raiyan ~“Awak harus ubah mentaliti awak yang tak sihat itu. Seharusnya awak bangga negara kita mempunyai ramai penulis-penulis berbakat memeriahkan dunia penulisan. Malah ada isesetangah dari mereka juga berjaya mendapat tempat di hati negara-negara jiran dan antarabangsa. Kalau bukan orang kita yang menyokong takkanlah awak nak suruh bangsa penjajah pula membaca novel Melayu.”
Bermula dari saat itu terjadi pertemuan berantai tanpa diduga. Sebal-jengkel-meluat. Itu yang sering menimpa perasaan Sofea Emilia saat bertentang mata. Kesal, benci, menyampah dan geram itu berpusar menjadi satu relung rasa. Apa akhir pertemuan berantai keduanya? Di waktu yang sama Sarah sejak dahulu lagi menggilai novelis cinta nombor satu itu.
Nazeerah adalah adik sepupu kepada Faris Raiyan yang sudah lama memendam perasaan sejak lelaki itu remaja. Sejak Faris Raiyan kematian isteri yang sempat melayarkan bahtera selama enam bulan membuatnya nekad untuk menakluk hati lelaki itu. Obsesi Nazeerah semakin hari semakin mengundang bahaya dan racun kepada sesiapa saja yang mendekati lelaki itu.
Banyak konflik dan kasih sayang yang menjurus perhatian seorang kakak kepada adiknya ibarat aur dengan tebing dihidangkan dalam Kemilau Karya Kasih. Malah ragam pembaca dan penulis dalam dunia penulisan juga terselit di dalamnya.
boleh kah saya tahu novel yg diterbitkan ni telah diedit ?sy baru order hari ni di fajar pakeer.tak sabar nak dapat..i hope ianya lebih baik dari yg sebelum..
ReplyDeletewow..macam menarik je buku ni, kena dapatkan ni..nanti saya promote di blog http://primrose-musings.blogspot.com/
ReplyDeletesudah lama menanti karya popular difilemkan dgn jayanya...semasa SAGA didramakan beberapa tahun dulu...saya kecewa sgt...
ReplyDeleteapa masalah sebenarnya...kenapa pengarah/produser kita tak mampu popularkan novel....harry potter laris kerana filemnya...betul tak? Ombak Rindu popular kerana apa? novelnya atau filemnya?Ketika Cinta Bertasbih...antara karya yang hebat bagi saya...keduanya hebat ...novel dan sinetronnya.
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)