Monday, November 23, 2009

Manuskrip oh manuskrip

Tahun ini 2009, saya tidak menyangka boleh menyiapkan tiga karya sekali dalam tahun yang sama. Target saya sebenarnya 2 karya setahun tetapi tidak terfikir mempunyai curahan idea begitu banyak mengilhamkan sebuah karya tambahan.

1. Karya ke-2
Sebenarnya ini adalah manuskrip yang kedua yang telah disiapkan pada awal tahun ini. Saya mengambil masa selama 4 bulan untuk menyiapkannya. Sebanyak 60 bab/700 halaman. Banyak kali saya berfikir harus dihantar ke mana manuskrip ini dengan syarat menerima sofcopy bukan dalam bentuk cetak & binding. Bukan apa saya benar-benar tidak menyukai cara demikian. Buang masa dan costing. Pada permulaan saya menghantarnya ke JS. Namun mendapat komen ketebalan halaman dan banyak benda diperbaiki. Sebenarnya tidak juga ditolak tetapi saya ingin agar x diedit menjadi kurang. Lalu saya mencuba penerbit lain. Saya mencuba ke Kaki Novel. Respon saya tunggu amatlah lambat. Tidak ada mklum balas. Akhirnya saya mencuba PTS. Alhamdulillah mereka berminat. Dalam waktu itu barulah Kaki Novel hubungi saya meminta manuskrip ini tetapi sudah terlambat. Manuskrip ini masih lagi dalam tangan PTS untuk editing.

Karya ini saya berikan dengan IMPIANKU, REALITIKU. Namun semuanya atas budi bicara pihak penerbit untuk menyetujuinya. Mengisahkan seorang gadis kampung yang mempunyai masalah kurang keyakinan diri ditambah dengan penyakit 'anxiety' & 'panic disorder' yang sering menyerangnya. Dia sering gagal menyesuaikan diri di dalam kelompk tertentu sehingga memalukan dirinya. Lantas bagaimana dia menemui cintanya sekiranya mempunyai masalah begini.

2. Karya ke-3
Karya ini terus terang saya ambil dalam masa dua bulan saja untuk menyiapkannya. Lalu saya hantar ke Buku Prima dan mendapat maklumbalas yang positif. Bakal diterbitkan pada bulan Dec, 2009.

Ya Fattah;Cinta Sakti adalah terbitan novel saya yang ke-2. Genre thriller islami. Semoga pembaca & peminat novel menyukainya dan terhibur.

3. Karya ke-4
Saya baru saja menyiapkan manuskrip dalam waktu hampir dua bulan. Genre thriller seram. Berkenaan dengan kuasa sihir & kaitan 'Secret Society. Satu pertubuhan rahsia ditubuhkan secara rahsia sejak berkurun tahun. Menculik tujuh pelajar untuk dijadikan korban dalam satu upacara. Saspen dan seram. Saya ingin menilai sejauhmana saya boleh menghasilkan karya demikian. Saya berpendapat rakyat Malaysia menyukai cerita seram. berdasarkan analisis penonton memilih filem seram. Sekiranya tidak ada halangan saya akan menyerahkan manuskrip ini kepada Buku Prima. Dalam fikiran saya ingin menjudulkan karya ini 'JANGAN SEBUT NAMAKU'

4. Karya ke-5
Masih belum dimulakan. Saya akan mulai mengumpulkan sedikit info/research/interview bermula wal bulan depan. Insya'Allah Januari 2010 saya akan memulakan pembikinan manuskrip ini. Karya berdasarkan based on true event. Tentang kekeluargaan & perjuangan sepasang suami isteri terhadap bayinya menghidap penyakit. Saya hanya merancang saja masih dalam proses. Semoga Allah memudahkan usaha saya ini.

No comments:

Post a Comment