Sunday, June 28, 2009

NEW BORN BABY- My family

Tahun ini ramai yang mendapat rezeki yang tidak diduga iaitu menimang cahaya mata. Cahaya mata ibarat rezeki yang paling agung dan murni yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada pasangan yang telah berkahwin. Tahniah kepada adik dan sepupu-sepupuku yang baru menimang chaya mata mereka.

1. Sepupuku Cikgu Aidah Gulam dan suaminya Hazhar mendapat seorang puteri yang pertama pada 23/03/2009. dilahirkan DI Rafflesia Medical Centre Penampang dengan berat 3kg/49cm dan diberi nama HAZWAREENA.

2. Abang Iparku, Mas Nanug dan Mbak Krisna mendapat seorang putera yang kedua pada... (kurang ingat nanti saya update kembali) dlahirkan di Hospital Surabaya dengan berat 2.8kg/50cm.

2. Adikku Fadzlan Omar dan Isterinya Linda mendapat seorang putera yang kedua pada 17/05/2009, dilahirkan di Seremban dengan berat 2.8kg/49cm dan diberi nama FARIS RAIYAN. (Nama ini adalah atas cadangan adik, Fadzlina iaitu ~Faris dan sepupu, Nurliza Ahmad ~ Raiyan)





3. Sepupuku, Nurliza Ahmad dan suaminya Arif Rinaldi mendapat seorang putera yang kedua pada 28/05/2009, dilahirkan di Hospital Likas. Bagaimanapun bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan iatu 7bulan ketika melahirkannya dan beratnya pada saat lahir 1.9kg. Pada awalnya kondisinya amat membimbangkan namun berkat kuasa Allah SWT, kesabaran, doa dan pihak Hospital Likas, bayi yang diberi nama QALEED AL WALEED semakin membaik. Dan Baby Qaleed juga adalah anak susuan saya memandangkan ibunya amat memerlukan susu ibu yang banyak. Semoga baby Qaleed semakin membesar, sihat dan cerdas agar dapat balik bersama keluarganya. DOakan untuk baby Qaleed.

Sepupu-sepupuku yang akan melahirkan bayi tidak lama lagi adalah Walfah B Noorkhan dan Farid Gulam dalam waktu yangterdekat ini.

Semoga bayi yang dilahirkan akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi kebanggaan orang tuanya. AMIN..

Friday, June 26, 2009

Kehilangan Michael Jackson-King of Pop


Awal pagi lagi saya dikejutkan dengan 1 sms dari sepupu tentang berita pemergian Michael Jackson @ Mikaeel. Shocked! Lagu-lagu beliau sentiasa menjadi igauan saya sejak kecil sehingga saat ini. Sedih dan terkilan juga dengan pemergiannya. Mungkin ada yang marah kalau membaca ayat ini kerana ketika saya meletak status di Ym 'Alfatihah to Michael@ Mikaeel' ada yang pm n marah2 kerana mengagungkan dan memberi sedekah kpdnya. Sebagai manusia kita semua tidak pernah membuat kesalahan apa lagi dosa. Tapi tuhan itu maha pengampun.

Hanya satu saja yang ingin saya ketahui apakah beliau akan dikebumikan secara islam nanti? Menurut abangnya Jermaine Jackson yang juga seorang muslim akan membuat persiapan pengkebumian adiknya secepatnya. Diakhir ucapannya dengan pihak media dia juga memberikan doa “And Allah be with you Michael always. I love you.”
Semoga Mikaeel adalah seorang pengikut agama islam yang diredhai, dirahmati dan bersama orang-orang yang beriman di alam sana.

Bermain dengan www.Imikimi.com

Ketika sedang bosan surfing & google benda lain tiba-tiba terjumpa website ini dengan satu application lengkap untuk membuat pelbagai superimpose, grafik dan coloufull. Mula-mula bingung juga macam mana nak buat ni. Lastly dekat setengah jam faham juga dan terhasillah foto-foto seperti berikut.

Seronok memang seronok tapi kelakar pun ada But part yang best bila saya juga menggunakan foto2 my relative utk tujuan yang sama.

Macam mana hasilnya? Apapun tetap nampak FAKE. Just for fun. SO anda bagaimana ingin mencuba. Silalah ke http://imikimi.com

Thursday, June 25, 2009

Baby Contest-Our Little Wonders-Our Future

Ketika melihat paparan berita di Daily Express tentang peraduan Bayi dengan pelbagai kategori terfikir untuk memasukkan Baby Nia dalam peraduan ini.. Cuba nasib sape taukan.

Dah hantar form dan attachment yang diperlukan tiba-tiba pihak peraduan telefon mengatakan Nia terpilih mengikut contest itu. Alhamdulillah.

Pada Pagi 6/6/2009 ke City Mall bersama my son Neo dan adik saya Lyna dengan rasa debaran. Semakin berdebar bila sampai ke sana ..hulamakk ramainya org, teringin nak balik saja. Keadaan kucar kacir ditambah dengan sistem que yang tidak teratur. Sempat pula saya dimarah seseorang kerana berfikir saya ingin memotong que..bengang pun ada..sabar je la.
Sewaktu register dah dibuat saya pun membawa Nia ke bahagian pemeriksaan oleh nurse untuk melihat tahap imunisasi melalui kad yang telah dibawa. Waktu ini lenguh tangan gendong Nia. Selepas itu saya diminta ke bahagian fotografi mengajak Nia membuat sessi fotografi. Part Nia membuat fotografi susah sgt nak suruh dia senyum. Sah Nia takkan dpt kategori ni. Dah tu ajak Nia berjumpa ke AJK yang menilai gerak/kecerdasan Nia. Saya ditanya mengenai susu apa yang diberikan Nia. Sudah tentu Nia mendapat ekslusif susu badan 6bulan bahkan masih menyusu badan sehingga sekarang. Melihat sikap malu-malu Nia dengan AJK tesebut dah tentu kategori The Most Sociable Baby takkan dimiliki. Setelah itu barulah saya membuat quiz dan interview mengenai breastfeeding for mother only. Dalam hati ingat boleh dapat. Sebab quiz senang sangat macam kacang dengan kelebihan menyusu badan sehingga Nia sudah menjejak umur hampir 2thn ditambah juga menjadi ibu susuan kepada premature baby anak sepupu saya.
Memang cukup bosan ditambah dengan keaktifan Nia dalam orang ramai waktu tu. Lenguh seluruh badan. Terutama sewaktu ucapan yang mengambil waktu yang lama ditambah tidak faham dengan bahasa cina. Layan je laaa... Part tak sabar tunggu annoucement..
1. The Most Photogenic Baby (Category A/B/C)
2.The Most Sociable Baby (Category A/B/C)
3. The Most Outstanding Breastfeeding Mother
4. Quiz
5. Our Little Wonders - Our Future (Cat A/B/C)

Akhirnya ketika saya mula ingin mengangkat kaki untuk pulang saja. Tiba-tiba telinga saya terdengar nama Nia Ratna Isabel diumumkan menjadi pemenang tempat ketiga untuk kategori C. Sempat saya berpaling kepada adik saya beberapa kali takut salah dengar. Akhirnya kali kedua nama itu diumum lagi barulah saya yakin membawa Nia ke pentas. Apapun memang bangga sangat anak mami berjaya juga dapat tempat ketiga setelah melihat rata2 yang menang berbangsa cina. Congrates my girl.. mami love Nia