Wednesday, August 26, 2009

AYAT SELUSUH

Ayat-ayat selusuh
(mudah bersalin & betulkan kedudukan janin yang songsang)

Ayat-ayat ini dibaca kepada:
Air mutlak / air zam zam : untuk tujuan minum
Kurma atau kismis: untuk tujuan makan
Minyak zaitun: untuk tujuan urut di perut


Al Fatihah: 1-7
Al Baqarah: 255
Ali Imran: 35-37
An Nahl: 78 (7 kali)
Al Isra’: 82
Maryam: 22-26
Al Hajj: 22
Al Mu’minun: 12-14
Az Zumar: 6
Al Ikhlas: 1-4 (3 kali)
Al Falaq: 1-5
An Naas: 1-6
At Thalaaq: 2-3
(ayat tawakkal / penutup / kunci)

Tiup sehalus jarum sehingga habis nafas kepada bahan-bahan tadi dengan berserta niat.
Boleh diamal ketika sepanjang tempoh mengandung atau semasa sakit hendak bersalin.

Semasa mengandung: Air diberi minum sekali sehari sebelum maghrib. Minyak diurut sekali sehari sebelum tidur. Kurma dimakan sebiji sehari 1 jam sebelum makan pagi setiap hari.

Semasa sakit bersalin: Air diminum (jika mampu) dan sapu di perut. Minyak disapu diperut. Kurma / kismis dimakan (jika mampu).

PENERANG & PELEMBUT HATI

Ayat-ayat pelembut hati dan penerang hati

Ayat-ayat ini dibaca selepas solat sebanyak 3 atau 7 kali. Gambarkan wajah dan niatkan untuk siapa supaya terang dan lembut hatinya mengikut kita.

Al Fatihah: 1-7
Supaya hatinya terbuka untuk kita

Ali Imran: 31
Supaya kasihkan kita

Yusuf: 4
Supaya ikut kata

Thahaa: 1- 6
Supaya hatinya lembut untuk kita
Rum: 21
Supaya balik tinggal di rumah dan wujud kasih sayang dalam rumah tangga

Fussilat: 29
Supaya akur kepada kita
Al Hasyr: 21- 24
Supaya hatinya lembut

Al Insyirah: 1-8
Baca pada air mineral sebanyak 70 kali selepas solat hajat sebelum tidur. Tiup 10 saat pada air meneral dan masukkan ke dalam air minuman dan ketika masak nasi. Jika boleh diberi minum terus lebih baik.

Doa:
Supaya lembut hatinya untuk kita
'Allahumma layyin li qalbahu kama layyanta li daud al hadid"
Makna: Ya Allah lembutkanlah hatinya kepadaku sebagaimana Dikau lembutkan besi untuk Nabi Daud alaihissalam.

Ayat-ayat ini boleh dibaca untuk kerukunan rumah tangga. Boleh juga untuk anak yang nakal tidak mendengar cakap dan penerang hati untuk pembelajaran terutamanya surah al Insyirah. Solat hajat hendaklah dilakukan.

MENCARI BARANG YANG HILANG


Satu senjata berbentuk doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib apabila mengamalkan doa ini. Setakat ini, setiap barang saya yang hilang semuanya telah dijumpai setelah membaca doa ini. Itupun dengan izin Allah dan ikhtiar kita dengan membaca doa yang telah menjadi amalan para awliya’ ini! Alhamdulillah!!!

Silalah amalkan! Insya Allah barang anda yang hilang akan dijumpai!!!

MNEGUBATI PENYAKIT ISTIHADAH

Menurut sebuah hadis nabi; secara mafhumnya istihadah berpunca dari aktiviti syaitan di dalam rahim wanita yang menyebabkan rahimnya luka dan berdarah. Maka darah yang keluar dari rahimnya tersebut adalah darah penyakit. Istihadah bermaksud perempuan yang mengalami darah haid melebihi 15 hari


Cara rawatan istihadah adalah:


1) Baca ruqyah syariyyah kepada 3 / 7 botol air mineral. Tambahan untuk ruqyah istihadah ini adalah ayat 38 surah Yaasin dan surah al masad. Niat ketika membaca surah ini:Supaya penyakit istihadah dihentikan Allah.


2) Cari 3 biji putik kelapa dan belah dua. Rabus bersama air ruqyah. 1 putik kelapa direbus bersama 1 periuk air ruqyah.


3) Minum segelas setiap pagi satu jam sebelum makan pagi. Ulang sehingga istihadah berhenti / semua air habis...


Insya Allah, jika Allah izin akan disembuhkanNya!!!

PERUBATAN DALAM ISLAM

Sakit kepala: al Baqarah:178, an Nisa’:28, al Anfaal:66, Maryam:1-3, al Baqarah:186, al Ana’m:13,al Furqan:45, al Hasyr:21.

Penyakit mata: Qaaff: 22,

Sakit gigi: al Mulk:23, al An’am: 13.

Hidung berdarah: Hud: 44.

Pekak: al Hasyr:21-24

Sakit kulit: al Baqarah: 259 dan 266.

Sakit dada: al Insyirah:1-8, Thahaa25-28, Yunus:57.

Jantung, dada, limpa, hati: ayat Kursiy:al Baqarah:255

Jiwa kacau / tak tenang: al Ghaafir, ar Ra’du: 28.

Perut memulas: al Fatihah,al Ikhlas, al Falaq, an Naas.

Penawar racun dan demam ketar: al Quraisy:1-4.

Penawar bisa ular dan kala: al Fatihah,al Ikhlas, al Falaq, an Naas. Tambah garam kepada air dan sapu / celup.

Sendi / romatizem: Ali Imran:145, al Qadr:1-5, al Anbiyaa’:30

Mudah beranak:

لاإله الا الله الحليم سبحان الله رب العرش العظيم
Al Fatihah:2, an Naziat:46, al Ahqaf:35, al Insyiqaq:1-4 dan ayat-ayat selusuh.

Demam:
بسم الله الرحمن الرحيم بسم الله وبالله محمد رسول الله
Al Anbiyaa’: 69-70

Gangguan tidur: al Kahf: 11 dan 12.

Dukacita, sedih, rungsing pilu: al Insyirah:1-8

rasukan syaitan: ayat Kursiy,as Soffat:158-159, Yaasin, al mu’minun:115-118

otak / tak siuman: Yaasin

sihir: Yunus:81-82, al A’raaf: 117-121, Thahaa:69

Pelupa: al Baqarah: 1-4, 255, 256,257, 284-286

Was was: al Hadid 3,al Ghafie, as Sajdah, al Ikhlas

Barah: Ruqyah saratan; lebih kurang ruqyah syariyyah dengan tambahan ayat-ayat tertentu.

Nota: Proses pembuatan dan penyediaan air penawar ini hanya dilakukan oleh pakar individu yang mempunyai ketelitian, kesabaran dan keikhlasan serta berakhlak mulia.