Monday, September 12, 2011

Kemilau Karya Kasih

Sekali lagi dalam awal bulan september ini saya diberitahu akan penerbitan sebuah novel yang pernah saya bawa masuk ke dalam bengkel sastera di bawah tunjukajar sifu Azmah Nordin. Jalan cerita yang paling saya suka sekali saat menulisnya dan banyak cabarannya.

Kisah apa?
Sinopsis

Sofea Emilia adalah lepasan siswazah dari University of Birmingham hanya menggemari novel-novel Inggeris berbanding dengan adiknya. Sedangkan Sarah Emilda masih berada di pengajian tinggi tempatan sering mengagung-gemar-suka novel-novel Melayu. Bagi Sofea Emilia, si kakak yang anti novel-novel Melayu menganggap karya-karya Melayu amat stereotaip dan membosankan. Malah menurutnya novel-novel Melayu layak disampahkan tak memberi kesan di hatinya. Meski dia banyak kali berdebat dan berbeza pendapat dengan Sarah Emilda, namun sebagai kakak dia amat mengambil berat dan penyayang terhadap adiknya yang kian jauh terjebak dengan kumpulan mat-mat rempit.
Melihat carta karya Majnun berada di tangga teratas, saat dia menemai teman baiknya ke Toko buku MPH membuatnya jengkel. Lantas dalam sendiri dia begitu hebat mengkritik novel-novel karya Majnun tanpa diketahui novelis cinta nombor satu itu telah menangkap-dengar-saksi kenyataan itu. Sofea Emilia sama sekali tidak mengetahui kalau Faris Raiyan itu adalah Majnun yang mendapat jolokan novelis cinta nombor satu negara.
Sofea Emilia ~ “Seumur hidup saya, hanya sekali saja saya membaca sebuah novel Melayu yang terus memberi satu persepsi buruk ke minda saya. Saya tidak pernah menyukai novel Melayu. Apalagi kisah cinta entah apa-apa merapu dikisahkan. Kalau Majnun tu ada di depan saya, sudah tentu saya ingin berdebat dengannya. Saya ingin katakan bahawa karya-karya dia tak satu pun memikat hati saya.”
Faris Raiyan ~“Awak harus ubah mentaliti awak yang tak sihat itu. Seharusnya awak bangga negara kita mempunyai ramai penulis-penulis berbakat memeriahkan dunia penulisan. Malah ada isesetangah dari mereka juga berjaya mendapat tempat di hati negara-negara jiran dan antarabangsa. Kalau bukan orang kita yang menyokong takkanlah awak nak suruh bangsa penjajah pula membaca novel Melayu.”
Bermula dari saat itu terjadi pertemuan berantai tanpa diduga. Sebal-jengkel-meluat. Itu yang sering menimpa perasaan Sofea Emilia saat bertentang mata. Kesal, benci, menyampah dan geram itu berpusar menjadi satu relung rasa. Apa akhir pertemuan berantai keduanya? Di waktu yang sama Sarah sejak dahulu lagi menggilai novelis cinta nombor satu itu.
Nazeerah adalah adik sepupu kepada Faris Raiyan yang sudah lama memendam perasaan sejak lelaki itu remaja. Sejak Faris Raiyan kematian isteri yang sempat melayarkan bahtera selama enam bulan membuatnya nekad untuk menakluk hati lelaki itu. Obsesi Nazeerah semakin hari semakin mengundang bahaya dan racun kepada sesiapa saja yang mendekati lelaki itu.
Banyak konflik dan kasih sayang yang menjurus perhatian seorang kakak kepada adiknya ibarat aur dengan tebing dihidangkan dalam Kemilau Karya Kasih. Malah ragam pembaca dan penulis dalam dunia penulisan juga terselit di dalamnya.

Pilihlah Aku Menjadi Pramugari

Akhirnya, pada bulan ogos 19, 2011 muncullah novel ini yang sudah berada di pasaran. Siapa mahu menjadi pramugari? Ramai di luar itu yang mahu bekerja di awan biru ..kan.. kan.. kan..

Kisah apa?
Nabila, gadis kampung yang bercita-cita atau obsesi dengan pekerjaan di awan biru. Walau datang doktor, peguam, akuantan dan profesi profesional menawarkan pekerjaan kepadanya dia tetap mahu menjadi pramugari. Selagi dia masih mampu, sihat, hidup lagi dan waras. Namun baginya pekerjaan pramugari tetap dikejar sampai bila-bila. Walau 6 kali menghadiri temu duga dia tetap tidak berputus asa.

Banyak kisah kelakarnya di dalam cerita ini. Sekiranya mahu tahu lebih, dapatkannya di pasaran. Tidak tebal. Tidak mahal. Boleh dibaca semua peringkat umur. Di samping itu ada tips dan persediaan menghadapi temu duga. Novel ini lebih kepada memupuk motivasi, semangat dan kepercayaan diri.