Friday, July 10, 2009

Novel


Saya baru saja membeli tiga buah novel untuk mengisi waktu masa lapang. Kali ini saya lebih memilih kepada novel jenis sains fiksyen dan thriller. Terlalu banyak saya melihat novel bertemakan cinta. Bukan tidak minat tetapi inginkan kelainan. Di samping itu saya juga ingin melihat gaya bahasa di dalam tema jenis ini. Saya juga sedang menulis dan cuba menyiapkan sebuah manuskrip bertemakan sains dan thriller fiksyen. Sebelum ini sudah menulis tema cinta dan saya ingin membuat tema manuskrip yang ada kelainan.

Novel Kota Barra masih lagi sedang dalam pembacaan belum selesai lagi. Tetapi keseluruhannya setakat ini saya menyukai walaupun pada mulanya rasa bosan sikit dengan jalan ceritanya. Tetapi apa pun syabas kepada penulisnya memang berani membuat jenis fisyen begini. Teruskan dan selamat maju jaya. Novel Mikael tulisan RAm belum saya baca lagi apapun saya percaya cerita beliau tiada yang tak best, semuanya no.1 bagi saya. Mengenai Mantera Hitam saya juga belum membacanya apapun nanti saya akan beri komen.

Apapun tulisan dan novel penulis sesiapa saja akan saya support sebab tanpa mereka dunia penulisan tak akan ceria. Masing-masing dalam proses belajar.

No comments:

Post a Comment