Sedar tak sedar. Pejam celik pejam celik. Tak kusangka bulan disember nakal menemui kita di tahun 2010. Sekali gus bulan penutup tirai tahun ini. Lalu apakah kejayaan dan azam yang saya telah lalui. Mulanya seawal tahun 2010 saya pun memasang azam. Kononnya ingin menulis lebih banyak manuskrip. Meski tidak disebutkan berapa banyak manuskrip ingin saya siapkan.
Tahun ini 2010, hanya dua buah novel tulisan saya terbit iaitu Ku Seru Nur Kasih (PTS Litera) dan Nia Rekasya: Dunia & Kitab Ajaib (Buku Prima) Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya ada juga karya tulisan saya diterbitkan.
Lalu berapa banyak manuskrip yang sudah saya siapkan tahun ini. Wah! ini satu perkembangan yang cukup membuat saya tersenyum puas. Sebanyak 4 buah manuskrip sudah saya siapkan. Jika ada rezeki tahun depan saya melihat bayi baru terbit di pasaran. Ke-4nya masih dalam penilaian lagi.
Manuskrip apa saja dalam penilaian?
1. Akulah Bintang Novelis (Chiclit yg diserahkan kepada penerbit bkn asing lg)
2. Jangan Sebut Namaku (Mungkin nak tukar judul)
3. Kemilau Karya Kasih (Paling tebal dalam semua novel dan di bawah tnjuk ajar sifu sastera)
4. Andai Tuhan Punya Emel (Novel islamik yg kemungkinan ada sambungannya)
Malah tahun ini juga saya mengikuti bengkel secara maya di bengkel sastera Sifu Azmah Nordin. Cukup lama juga berbengkel dengan belia dan baru saja tamat pada bulan ni. Alhamdulillah sgt2 sbb byk tip dan petua sepanjang berbengkel dengannya. Byk benda taj tahu kini dah tahu. Hasilnya ckp berpuas hati meski masih harus byk belajar lg.
Lalu tahun depan apakah azam saya? SAya cuba akan mengikuti sebarang sayembara novel atau cerpen yang diadakan. Menurut saya juga sudah waktunya menguji kemampuan diperingkat lebih berprestij. Moga2 rezeki saya ada di dalam bidang yang paling saya cintai.
No comments:
Post a Comment