Alhamdulillah, satu percubaan pertama kepada genre remaja atau teenlit akan terbit pada tengah bulan Mac. Semoga saja adik-adik begitu menyukai jalan ceritanya. Gaya bahasanaya amat santai dan ringan dan penuh dengan unsur humor.
Sebuah kisah yang tentu sama dengan diri sesiapa sahaja. Kisah gadis remaja yang begitu meminati novel. Bangun tidur baca novel. Makan dan minum bersama novel. Pokok pangkal suka bertemankan novel. Bahkan tentu setiap dari anda juga mempunyai idola novelisnya. Begitu juga dengan watak 'Aida Jamil' sangat-sangat mengagumi novelis Serina Sahlan di dalam cerita ini. Siapa Serina Sahlan? Ikuti kisahnya.
Bahkan terdapat banyak kisah lucu di dalamnya. Antaranya saat Aida Jamil berkhayal sambil berbasikal tiba-tiba termasuk ke dalam longkang. Satu badan berbau longkang. Begitu juga saat dia tidak sengaja melakukan sesuatu di ruang kerja Serina Sahlan. Banyak lagi unsur humor. Semoga mampu membuat anda tersenyum dan terhibur.
p/s: Teenlit ini akan ada bersiri.
1.Sekiranya Aku Menjadi Novelis (MAc)
2. Sekiranya Aku Menjadi Duta Kecantikan (Akan datang)
3. Sekiranya Aku Menjadi Pramugari (Akan datang)
dan masih lagi berfikir-fikir untuk mencari idea membuat siri akan datang.
No comments:
Post a Comment