Nur Wardah Haji Wahid adalah anak kepada pengasas Yayasan Darul Dakwah iaitu sebuah penempatan anak-anak yatim. Dia adalah gadis yang cukup dengan rupa paras tetapi penderita kaki lumpuh akibat virus polio. Namun Nur Wardah tidak pernah kesal dan malu dengan kecacatannya.
Dek kelumpuhan Nur Wardah membuat resah tidak bertepi di hati sang ayah yang memikirkan soal jodohnya dalam diam. Bagaikan Tuhan mendengar keluh-kesah Haji Wahid muncul Tengku Amar dan Puan Norlin merupakan sahabat lama Haji Wahid. Begitu banyak dua sahabat ini berkongsi cerita, bahkan kisah teman sepermainan anak tunggal mereka tidak pernah dilupakan.
Kembali abang sepupunya Aiman daripada pengajian luar negeri. Seakan membibitbenihkan perasaan indah di hati Nur Wardah. Mereka saling memendam perasaan dalam diam. Namun Tuhan berkehendakkan lain untuk jalan hidup keduanya.
Tengku Ashraf adalah anak tunggal kepada Tengku Amar dan Puan Norlin sedang dalam dilema dan terdesak menyelamatkan kewangan dan masa depan syarikatnya. Ketamakan Tengku Ashraf dalam melaburkan pembelian saham berjuta ringgit hinggalah berhutang dengan Along Ricky. Cinta kekasihnya juga sepupunya iaitu Rasheedah yang menjadikan Tengku Ashraf buta dalam menilai hal benar dan salah.
Dek kegusaran Tengku Amar memikirkan sikap anak tunggalnya tidak pernah berubah sikap dan buta menilai tindakan dan pendamping. Dengan itu Tengku Amar membawa satu penyelesaian atas masalah Tengku Ashraf dengan merangka satu perjanjian yang maha berat.
“Terima perjodohan ini dan wang sebanyak RM5 juta akan ayah berikan tanpa banyak syaratnya,” jelas ayahnya tegas. Satu tawaran yang pada pendapat Tengku Ashraf hanya mengundang malapetaka bagi sebuah kisah cinta yang sudah terjalin matang. Orang tuanya memang benar-benar tidak mahukan Rasheedah menjadi calon isterinya. Apatah lagi menantu kediaman mewah itu. Kenapa? Apa yang kurang dengan pilihannya? Apa lebihnya calon menantu ayah dan mama?
Lalu bagaimana perjalanan hidup Nur Wardah yang sudah terlanjur kasih dalam diam dengan abang sepupunya. Apa kata hati Nur Wardah saat perjodohan ini sudah diatur oleh kedua belah pihak..
“Pilihan ayah bagaikan satu kehormatan yang paling tinggi untuk Wardah. Keinginan arwah ibu bagaikan suluh cahaya mengiringi jalan onar menuju ke puncak firdaus. Wardah ingin hidup bersemadi dengan bebas bagai berada di Taman Raudhah.”
“Orang yang sabar disayangi Allah. Apabila hilang sabar, didekati syaitan.” Ayat ini yang terus tersemat di mata hati Nur Wardah saat lagi sedang sedih dan bergundah-gulana.
Apakah pilihan Nur Wardah dan Tengku Ashraf putuskan? Novel ini sarat dengan kasih sayang seorang ayah terhadap anak gadisnya. Perjalanan hidup Nur Wardah penuh konflik demi semua insan yang dicintainya.
nak kena beli ni
ReplyDeleterena datang ni zila...
ReplyDeleteharus dimiliki ni...
To Ilya~Beli jangan tak beli ada nama Ilya tu hehe
ReplyDeleteRena~Wjib miliki sekali dengan SAMN tu yang tu pula ada nama Rena hehe