Sunday, June 26, 2011

Novel seram Jangan Sebut Namaku

Alhamdulillah akhirnya novel ini akan diterbit juga. Semoga sambutannya kali ini amat baik. Melihat illustrasi cover ini memang akan membuat setiap orang memikirkan tentu sarat dengan kisah hantu.

Sebenarnya apa yang ingin diceritakan di dalam novel ini?
Sebetulnya agak sukar juga saya mencari tajuk novel ini. Mulanya ingin mencari nama tajuk yang biasa sahaja tanpa kelihatan seramnya tetapi tidak juga kena sekiranya saya berbuat demikian. Lalu saya memilih Jangan Sebut Namaku.

Tentu ramai pelik nama siapa pula jangan disebut itu? 
Hehe.. Sekiranya mahu tahu lebih kenalah dapatkan novel ini. Tetapi percayalah saya tidak menulis kisah hantu semata-mata. Mungkin ada bahagian seramnya beberapa bab nanti. Tetapi akan ada penjelasan nanti pada akhir cerita ini.

Cerita ini terinspirasi setelah saya banyak membaca kisah Illuminati. Lalu saat suami saya memberi saya satu set dokumentari The Arrival. Memang menakjubkan dokumentari itu. Lalu saya berfikir kenapa tidak menyelitkan kisah illuminati yang berfahaman penyembah Lucifer itu di dalam sebuah cerita. Tetapi perlu ada garapan yang bersesuaian dalam budaya kita.

Inilah hasilnya dan saya membuat lagi sebuah slideshow bagi memberi gambaran kepada semua pembaca sebelum membelinya. Hanya saya berharap kepada pembaca tidak menyamakan karya JSN ini dengan sifu Abg RAM atau sehebat kisah hantu Zaifuzaman. Saya dengan gaya penulisan tersendiri dan seperti biasanya banyak mesej keagamaan yang selitkan. Ada juga beberapa potong hadis agar cerita ini tidak dilihat daripada segi tahyulnya.

Akhir sekali lagi, terimalah novel ini sebagai bentuk teladan kepada diri kita yang tidak terlalu dihamba-abdikan oleh budaya hendonisme dan dikaburkan dengan dunia Illuminati. Semoga ada ilmu yang boleh dicedok di dalamnya.

4 comments:

  1. novel ni mmng best..ary ni sy bru habis bace..
    cita ni romintik..
    seram..lagi2 bila baca waktu malam..
    bnyak pasal islam
    agama lain...
    mmng best sangat

    ReplyDelete
  2. Salam,
    sy bru baca hingga page 354 yg mne watak Pakcik Ismail muncul sbg seorg yg mempunyai 6th sense. setakat ni sy buat rumusan awal ya. Pd awalnya leretan ceritanya agak perlahan terutama cerita di hutan Kalawari. Sy rasa sy amik masa yg agak pnjang utk membacanya krn terlalu slow. naik boring dan putus asa nak teruskn pun ada. tp sbb dah beli sy teruskn juga. kemudian plot2 ceritanya semakin menarik sampai ada satu hari tu sy sanggup berjaga ke 5 pg utk terus tahu apa berlaku. tak sangka dipertengahannya membawa sy terus hanyut utk membaca. memandangkn sy baru baca lebih separuh perjalanan cerita, sy rasa tidak sabar utk dtg semula utk komen keseluruhan ceritanya slps ini. sy tidak sabar utk tahu bgmn klimaks cerita ini dan bgmn Noorfadzillah menyudahkannya. sy harap sy mendpt pengakhiran yg menarik dan memuskn hati sy serta berbaloi krn ini pertama kali bg sy membaca novel karya Noorfadzillah. sy adalah penggemar novel thriller.

    Adam

    ReplyDelete
  3. Oh ya, berkenaan dgn tajuk, Noorfadzillah telah memilih tajuk yg sesuai. krn tajuk ini peminat novel thriller akan dtg kpd anda utk tahu apa berlaku. cetusan drpd idea illuminati yg tertulis di blkg novel juga membawa sy utk membelinya. apa yg sy khuatir sblm itu adalah takut terbeli salah novel krn sy tidak berminat membaca novel cinta yg meleret2. tp setakar separuh pembacaan ini, anda tidak mengecewakan. jgn perbandingkan diri anda dgn RAM. sy peminat RAM tetapi kini sy sedar kewujudan penulis novel spt anda krn hasil karya anda tidak mengecewakan. anda juga layak bergelar seorg penulis thriller.

    ReplyDelete
  4. novel ni baru habis sy baca beberapa minggu lalu, ceritanya agak menarik..kisah yg dikaitkan dengan illuminati agak jarang diketengahkan oleh sesetengah penulis tetapi melalui pembacaan novel ini akhirnya kita dapat tahu sedikit sebanyak tentang hal ini. tidak lupa juga, kejutan yang diketengahkan oleh penulis seperti perempuan yang berpurdah, kejadian2 pelik yang berlaku, amalan sihir yang dilakukan oleh puan everyne terhadap rakan2 luqman sudah cukup untuk menguatkan jalan cerita di dalam novel ini.. :)

    ReplyDelete