Saturday, April 16, 2011

Novel-novel

 

Alhamdulillah, terasa senang juga melihat novel karya sendiri dan tercetak nama pada cover tersebut. Meski saya amat kecewa dengan penerbitan novel pertama saya Hikmah kerana syarikat tersebut hanya mampu berjalan selama satu tahun. Ingatkan ingin juga terbitkan kembali novel Hikmah itu tetapi memandangkan saya juga mempunyai banyak idea yang belum mampu memberi ruang waktu menulis. 

Kadang, saya terfikir juga. Apakah menghasilkan banyak karya dalam setahun mendapat dampaknya? Sebab saya hanya menulis sepanjang tahun selagi masih ada idea. Andai masih belum pasti hantar ke mana sebuah manuskrip itu akan saya simpan dahulu. 

Tambahan saya bukanlah penulis yang terikat dengan mana-mana penerbit. Selagi ada penerbit memberi peluang dan memberi kepercayaan kepada saya. Saya menerimanya dengan sukacita. Semakin banyak menulis barulah melihat kematangan sesebuah karya. Melihat hasil penulisan sebelum dan terkini memang terlihat jelas kematangannya.

Sebagai penulis, saya hanya lebih banyak mengharapkan kepuasan pembaca. Jika mereka gembira dengan jalan ceritanya, tentulah saya bersyukur sangat. Andai ada sesuatu yang membuat mereka berkerut dan tidak berpuas hati. Saya juga manusia biasa tidak mampu memuaskan hati semua insan.

Bercakap mengenai novel, saya yakin tentulah setiap penulis akan membawa elemen pengajarann koflik dan kelogikan sesuatu cerita. Janganlah mengatakan novel-novel Melayu hanya melalaikan. Bahawa penulisnya pula suka berfantasi dan berimaginasi.

Ada seseorang telah memberi pandangannya bahawa novel-novel sekarang banyak yang melalaikan. pembaca. Bahawa penulis ini suka berfantasi dan berkhayal. Betapanya novel-novel Melayu banyak cinta asyik masyuk yang membosankan dan streotaip. Lantas hanya akan mengudang dosa sahaja yang maknanya penulis ini adalah sumber yang mendorong ke arah itu.

Susah juga saya ingin tentang kerana memang sebetulnya banyak kisah cinta diterbitkan. CInta itu luas. Memang cinta kepada Tuhan itu lebih agung dan abadi. Tetapi makna konsep cinta itu bukan setakat insan kepada pasangan. Boleh jadi tema cinta kepada alam sekitar. Cinta kepada orang tua. Cinta kepada pekerjaan atau banyak lagi.
Lantas tidakkah 'dia' juga mempunyai rasa cinta dalam dirinya. Bukankah cinta itu adalah sesuatu hal yang natural. Jangan salahkan cinta. CInta itu suci. Manusia yang memandu cinta itulah yang harus berakal dan fikiran bagaimana membawa ke destinasi lebih aman. 
Apapun selera setiap pembaca itu bergantung kepada diri masing-masing. Saya tidak memaksa membeli karya sesiapa atau hasil tulisan saya juga. Hanya jangan menghukum karya tema cinta itu adalah kosong semata-mata. Iya, mungkin ada satu atau dua yang bercerita banyak kisah cinta kosong atau jiwang. Saya belum menemui novel demikian lagi. Sebab saya yakin setiap kisah atau karya penulis ada sentimen berharag yang boleh dipetik pengajarannya.

No comments:

Post a Comment